Thursday, May 5, 2011

Wanita itu
masih tetap di situ
bertahan tanpa jemu
mengharung segala jerih payah
derita yg tak sudah

mak...
senyum mu bahagia ku
sakit mu derita ku
tangis mu kelemahan ku
tetap takkan pernah mampu
untuk ku balas keikhlasan mu itu

mak...
selamat hari ibu!

Monday, February 28, 2011

Otak tepu
hati beku
mulut berat 
rasa mcm ada batu 


Saturday, August 31, 2002

Rindu Si Pungguk

Kenapa salahkan pungguk
bila dia rindukan bulan
kau tak tahu isi hatinya
entahkan dia memuji Tuhan
atas kecantikan bulan

bulan cantik
di sebalik gemawan kelam
sinarnya menerangi malam
bertatah bintang gemerlapan
keindahan yang mengasyikkan

sedang manusia lagi asyik
menatap bulan yang menawan
inikan pula pungguk
yang sentiasa merelakan

jadi
jangan salahkan pungguk
bila dia rindukan bulan
kerana ada nama Tuhan
dalam setiap kerinduan.