Saturday, August 31, 2002

Rindu Si Pungguk

Kenapa salahkan pungguk
bila dia rindukan bulan
kau tak tahu isi hatinya
entahkan dia memuji Tuhan
atas kecantikan bulan

bulan cantik
di sebalik gemawan kelam
sinarnya menerangi malam
bertatah bintang gemerlapan
keindahan yang mengasyikkan

sedang manusia lagi asyik
menatap bulan yang menawan
inikan pula pungguk
yang sentiasa merelakan

jadi
jangan salahkan pungguk
bila dia rindukan bulan
kerana ada nama Tuhan
dalam setiap kerinduan.